Rabu, 27 Januari 2010

Pity me

sungguh sudah berbulan-bulan lamanya tak post blog. aku tiada kesempatan untuk singgah ke sini kerna kekangan waktu.

Aku dilema. Cinta itu buta dan membutakan hati aku sendiri. Aku tahu dia banyak sangat kawan perempuan sana sini. Ye dia layan kesemuanya. Tiada masalah kepada aku kalau dia hendak berkawan tetapi yang aku benci gila sangat tu apabila dia marahkan aku hanya kerana minah tu minah ni. Itu part yang paling aku tak puas hati. Akhirnya kesabaran aku sampai kemuncaknya. Aku mahu putuskan hubungan ini tetapi aku tak mahu keluarkan perkataan "putus" itu.

"Memang orang nak jumpa pun nak bagi barang abg" .
Makanya dia berfikir bahawa aku hendak putus padahal waktu itu aku mahu beri dia barang yang aku tolong pegang sepanjang dia sibuk. Tapi dia berfikir aku mahu memulangkan segala2nya barang yang dia telah beri. Pada aku kalau putus sekali pun aku tak akan pulangkan apa-apa sebab itu semua sudah menjadi milikku. Hehehe

Alang2 dia dah berfikir begitu,aku fikir ini lah peluang aku untuk memutuskannya. Tetapi dia merayu bersungguh-sungguh jangan putuskan. Aku jadi penasaran.

Kenapa dia tidak mahu?
Sedangkan dia merasa aku tidak memberikan keuntungan padanya
Mengapa dia mahu pertahankan hubungan ini?
Sedangkan dia tidak perlukan aku,dia hanya perlukan kawan-kawan perempuan, mengadu pada mereka itu ini.
Mengapa dia merayu diberi peluang sekali lagi?
Sedangkan segala peluang yang aku beri sebelum ini disia-siakan segalanya. Tiada satu pun janji yang ditunaikan.
Mengapa dia mengucapkan sayang?
Sedangkan dia sanggup marah aku hanya kerana kawan-kawan perempuan dia dan dia tidak pernah marah mereka hanya kerana aku.

Sungguh aku tidak faham siapa itu lelaki. Complex sungguh. Tapi aku lagi tidak faham diri aku, aku boleh terima dia lagi setelah apa yang berlaku. Pity me. Hukhukhuk